Drama perniagaan milik Datin Vivy Yusof sekali lagi menjadi tumpuan dan bualan selepas tular foto memaparkan notis di salah satu butik miliknya di pusat beli belah IOI City Mall.
Dokumen itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Sepang dan ia tertera notis tunggakan sewa berjumlah RM67,872 bagi tempoh dua bulan yang kini sudah dibawa kepada tindakan undang-undang oleh pihak pusat beli belah itu.
Berdasarkan dokumen yang tular, butik yang diuruskan oleh SITCA Designs Sdn Bhd—dilaporkan berkaitan jenama terkenal Vivy Yusof—telah gagal melunaskan sewa selama dua bulan, Oktober hingga November 2024.
Ini notis yang jumpa tadi di depan kedai Lilit, IOI City Mall
Lilit ni brand ViVy Yusof yang dibuat untuk cater M40 punya masket segment (rasanya la)
Banyak ilmu yang dapat hanya daripada satu notis ni…. pic.twitter.com/aKiHQW5zQL
— Izzuddin Yussof (@IzzuddinYussof) January 9, 2025
Kerana tunggakan tersebut, pihak IOI City Mall telah mengambil langkah drastik dengan permohonan Writ Distress.
Jumlah tersebut menimbulkan pelbagai persoalan netizen dan turut menjadi bualan hangat di media sosial. Ramai yang tertanya tentang harga sewa premis-premis pusat beli belah yang lebih eksklusif seperti Pavilion dan TRX.
Ada juga yang memberi komen sinis terhadap jenama itu serta pemiliknya, Vivy apatah lagi usahawan itu didakwa melakukan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah dan PNB.
The post Tular Foto Notis Dari Mahkamah Sepang, Butik Vivy Yusof Di IOI City Mall Ditutup Gara-Gara Tak Bayar Sewa Berjumlah RM67,872? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments