Penyanyi popular, Misha Omar telah meluahkan rasa kecewa apabila tempat duduknya di Konsert Aura Ernie Zakri baru-baru ini telah dirampas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Storynya, Misha berkata dia terpaksa berdiri sepanjang lima lagu akibat sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan.
Penyanyi itu turut berkata krew konsert terpaksa memeriksa tiket individu tersebut untuk mengesahkan bahawa tempat itu sememangnya milik Misha.
Saya baru pulang dari konsert Ernie Zakri. Yang saya nak cerita sekarang, kita semua beli tiket masing-masing. Jadi, duduklah tempat sendiri. Awak tahu tak, sebab awak duduk tempat saya..saya kena berdiri hampir lima lagu.
Krew terpaksa kena sahkan tiket awak. itu sebenarnya tempat saya bukan awak. Saya kasihan krew yang bekerja pada ketika itu.
Lebih mengecewakan lagi adalah apabila individu tersebut langsung tidak meminta maaf kepadanya malah berlalu pergi begitu sahaja tanpa rasa serba salah.
Awak duduk tanpa rasa dosa, awak berlalu pergi dengan senyuman tanpa minta maaf pun tidak.
Dalam pada itu, penyanyi itu sempat meluahkan rasa terima kasih kepada pihak krew kerana bertindak dengan pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post Misha Omar Kesal Individu ‘Rembat’ Tempat Duduknya Di Konsert Ernie Zakri – “Awak Berlalu Pergi Dengan Senyuman Tanpa Minta Maaf…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments