#Hiburan: “Dia Mesej Saya Beberapa Kali Dan Tanya Soalan Sama” – Azrul Zaidi Dedah Isteri Along Berkali-Kali Minta Bukti Transaksi

Pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi telah mendedahkan bahawa isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi pernah menghubunginya beberapa kali untuk memohon bantuan kewangan semasa suaminya berada di dalam tahanan polis.

Menurut sumber, Azrul memberitahu bahawa Afreena telah menghantar mesej melalui Instagram dan memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada Along Cham.

Advertisement

Walaupun tidak mengenali Afreena, dia menganggap permintaan tersebut sebagai satu luahan perasaan atau keperluan untuk meminta nombor telefon.

azrul zaidi

Walau bagaimanapun, selepas Afreena menghubunginya di Whatsapp dan memaklumkan mengenai tabung bantuan untuk kos guaman Along, pelawak itu mula curiga.

Difahamkan, Afreena turut berkongsi kod QR untuk memudahkan urusan sumbangan.

Namun, pelawak itu menjelaskan dia berasa sangsi kerana sikap si isteri yang kerap bertanya jika dia sudah membuat transaksi.

Dia mesej saya beberapa kali dan tanya soalan yang sama, buat saya rasa sangsi dan pelik.

azrul zaidi

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila Azrul mendapati bahawa mesej-mesej yang dihantar oleh Afreena telah dipadam selepas pendedahan Along mengenai dana sumbangan yang didakwa tidak sampai ke tangannya.

Azrul, yang ingin mencari bukti perbualan mereka, mendapati semua mesej tersebut telah hilang dari Instagram dan WhatsApp.

Azrul menyatakan hubungannya dengan Along sudah renggang sejak 2016, dan kali terakhir mereka berkomunikasi adalah semasa Maharaja Lawak Mega tahun itu. Sejak itu, mereka tidak lagi berhubung. Afreena pula memaklumkan bahawa Along masih menyimpan nombor Azrul, tetapi tidak pasti jika nombor tersebut masih aktif.

Sebelum ini, Along Cham mendedahkan bahawa hampir RM100,000 yang dikutip untuk membantunya dalam tahanan polis didakwa diselewengkan oleh isterinya. Dalam pendedahan itu, Along juga menyebut pelakon Datuk Aaron Aziz antara rakan artis yang memberi sumbangan.

along cham dakwa isteri seleweng duit dana sumbangan orang ramai
2 days ago

Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Duit Dana Sumbangan Lebih RM100K - "Konon Nak Buat Biaya Anak Saya"

The post “Dia Mesej Saya Beberapa Kali Dan Tanya Soalan Sama” – Azrul Zaidi Dedah Isteri Along Berkali-Kali Minta Bukti Transaksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments