Seorang wanita warga asing direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden dua kanak-kanak yang terjun atau terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, Johor Bahru, semalam.
Dalam kejadian itu, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi kini masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, wanita berusia 37 tahun yang juga ibu kepada mangsa ditahan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.
“Wanita itu adalah ibu kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan lanjut.”
Menurut beliau, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing yang dijalankan juga didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai terjun atau terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri 24 tingkat sebelum ditemui di tingkat tujuh berhampiran kawasan kolam renang bangunan berkenaan.
Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian turut dipanggil bagi membantu siasatan termasuk individu yang melihat sendiri kejadian tersebut berlaku.
Beliau berkata, setakat ini punca sebenar dan motif kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh.
“Polis percaya tangkapan ke atas ibu mangsa akan merungkai punca sebenar dua kanak-kanak itu mengambil tindakan tidak wajar untuk terjun atau terjatuh dari bangunan pangsapuri itu.”
Dalam masa sama, beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian tidak benar yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Ibu Mangsa Dua Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 12 Pangsapuri Direman 4 Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments