#Hiburan: Kecoh Foto Jaslinda Ditemui Di Perkampungan Orang Asli, Orang Ramai Tunggu Pengesahan Rasmi

Kecoh di Threads apabila tular dakwaan mengatakan pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Jaslinda Saludin, 49, sudah ditemui.

Menerusi perkongsian yang tersebar di media sosial, seorang individu mendakwa berita itu dimaklumkan sendiri oleh penduduk Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Tapah.

Advertisement

Menurut hantaran tersebut, Jaslinda didakwa masih selamat dan berada di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu.

Jaslinda

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut.

Semakan laporan media terkini sebelum ini menyatakan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, namun tiada petunjuk baharu ditemukan berkaitan kehilangan Jaslinda. Malah, beberapa barangan yang ditemui di lokasi berbeza turut disahkan bukan milik mangsa.

jaslinda

Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu.

Kes kehilangan wanita berusia 49 tahun itu mendapat perhatian ramai selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan melibatkan pelbagai agensi serta sukarelawan.

Sebelum ini, polis turut mengesahkan kes kehilangan Jaslinda tidak melibatkan unsur jenayah atau along, selain memaklumkan percakapan 13 rakan pendaki yang menyertai aktiviti berkenaan akan dirakam bagi membantu siasatan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan, terutama ketika ahli keluarga masih menunggu perkembangan rasmi daripada pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KP Tapah
2026-06-04 12:11:03

Polis Sahkan Kehilangan Jaslinda Di Gunung Batu Putih Tiada Unsur Jenayah Atau Along

The post Kecoh Foto Jaslinda Ditemui Di Perkampungan Orang Asli, Orang Ramai Tunggu Pengesahan Rasmi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments