#Hiburan: Anak Jaslinda Mohon Maaf Bagi Pihak Ibu, Hargai Doa Orang Ramai

Anak kepada pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, tampil memohon maaf kepada orang ramai sekiranya ibunya pernah melakukan sebarang kesilapan sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di Threads menggunakan akaun deefzl._, permohonan maaf itu dibuat dengan penuh rendah hati sebagai waris kepada Jaslinda yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu.

Advertisement

jaslinda

Menurutnya, dia mewakili ibunya untuk memohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah silap yang pernah dilakukan, sama ada secara sedar mahupun tidak.

“Sebagai waris, saya dengan rendah hati memohon maaf bagi pihak beliau,” katanya.

Dalam hantaran sama, anak Jaslinda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan ibunya.

“Masih Belum Ditemui…” Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Dalam Skala Kecil Selepas 11 Hari Pencarian

Dia juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam operasi pencarian, termasuk pasukan penyelamat dan orang ramai yang terus mengikuti perkembangan kes tersebut.

Kehilangan Jaslinda sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah.

Setakat ini, usaha pencarian masih diteruskan oleh pihak berkaitan dan orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai sebarang petunjuk yang boleh membantu.`

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jaslinda
2026-06-03 16:37:55

“Masih Belum Ditemui…” Operasi SAR Jaslinda Diteruskan Dalam Skala Kecil Selepas 11 Hari Pencarian

The post Anak Jaslinda Mohon Maaf Bagi Pihak Ibu, Hargai Doa Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments