#Hiburan: Bride Assistant ‘Kantoi’ Ambil Duit Mas Kahwin, Curi Rantai Dan Gelang Pengantin, Rupanya Ramai Jadi Mangsa – “Sangat Licik!”

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila mendakwa menjadi mangsa khianat seorang Pembantu Pengantin (BA) ketika majlis perkahwinannya yang berlangsung pada awal tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Threads, pengantin wanita dikenali sebagai @alya.nays mendakwa dia kehilangan dua barang penting pada hari bahagianya itu iaitu wang mas kahwin dan cincin kahwin.

Advertisement

Bride Assistang

Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Alya turut berkongsi rakaman sesi siaran langsung ketika majlis berlangsung yang didakwa menjadi bukti wang mas kahwin tersebut telah diambil oleh BA berkenaan.

Menerusi video itu, BA tersebut dilihat menawarkan diri untuk memegang satu dokumen hijau dipercayai sijil sementara nikah bersama sampul surat yang dipercayai mengandungi wang mas kahwin bernilai RM500 secara tunai.

Menurut Alya, tugas memegang wang mas kahwin sebenarnya bukan sebahagian daripada skop kerja seorang BA, namun individu tersebut didakwa terus mengambil sampul berkenaan tanpa diminta.

Alya turut mendakwa dia ada menghubungi BA tersebut selepas majlis selesai, namun mesej yang dihantar tidak menerima sebarang balasan sehingga suaminya memberi amaran untuk membuat laporan polis terhadap individu terbabit.

Menjengah ke ruangan perkongsian di profil Alya, terdapat beberapa individu lain turut mendakwa mengalami situasi hampir sama ketika menggunakan khidmat BA yang sama.

BA

Susulan itu, Alya memaklumkan bahawa dia kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap BA tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-08 12:16:28

"Semua Tempat Kau Nak Main" - Bapa ‘Sound’ Skaters, Minta Bagi Ruang Anak Main Rollerblade Di Skate Park

The post Bride Assistant ‘Kantoi’ Ambil Duit Mas Kahwin, Curi Rantai Dan Gelang Pengantin, Rupanya Ramai Jadi Mangsa – “Sangat Licik!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments