#Hiburan: Ugut Bakar Rumah Walaupun Tak Pernah Berhutang, Individu Dedah Modus Operandi Terbaru Ah Long – “Dia Pulak Suruh Kita Cari Si Penghutang”

Seorang individu tampil berkongsi modus operandi terbaru Ah Long atau pemberi hutang haram yang kini turut menjerat mangsa yang tidak pernah berhutang dan tidak bersalah.

Menerusi perkongsian saudara Afzan Mohd Arif di Facebook, lelaki itu memaklumkan ibu mentuanya telah menjadi mangsa Ah Long ini dan kediaman mereka turut disimbah cat merah.

Advertisement

Bukan sahaja disimbah cat merah, malah Ah Long itu turut mengugut untuk membakar rumah ibu mentua Afzan meskipun tidak pernah terlibat dalam sebarang hutang melibatkan jerung darat itu.

Difahamkan, Ah Long itu cuba menipu mana-mana mangsa dengan mengatakan rumah tersebut adalah milik penghutang yang melarikan diri.

Wife aku tnya la knape baling cat kat umah family die. Darren ckp psl si (nama dlm nota) tu x bayar duit boss die. Die cari alamat umah si pemiutang tu dan die tnya org alamat tu kat umah inlaw aku.

Wife aku hangin psl bile die mintak bacakan alamat si Ah Long ni kasi alamat yg salah. Wife aku bagi tau yg alamat tu bkn kat umah family die.

Setelah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, Afzan dimaklumkan bahawa ia adalah modus operandi terbaru Ah Long yang akan memutar belit cerita sehingga mangsa terjerat membayar hutang.

hutang ahlong

Afzan juga berharap agar kisah yang dikongsinya itu mendapat liputan meluas dan orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan jahat pemberi hutang haram ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amin idris
20 hours ago

"Masa Kursus Kahwin Jangan Tidur, Fahami Ilmu Asas" - Amin Idris Tegur Pasangan Suami Isteri Gemar Cerai Taklik

The post Ugut Bakar Rumah Walaupun Tak Pernah Berhutang, Individu Dedah Modus Operandi Terbaru Ah Long – “Dia Pulak Suruh Kita Cari Si Penghutang” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments