Penyanyi, Iman Troye menjelaskan kemelut di antara dirinya dengan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri sudah berakhir dan mereka tekad melancarkan lagu bersama-sama.
Menerusi satu hantaran di akaun TikTok penyanyi itu, Iman menjelaskan usahawan itu telah menarik semula saman yang dikenakan ke atas dirinya dan bersetuju untuk memberi demo lagu Hari Raya.
Alhamdulillah Datuk Aliff dah tarik saman.
Kitaorang pancing Datuk dengan bagi dia satu lagu demo. Lagu Hari Raya.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan mereka sudah mengetahui bahawa ini merupakan salah satu tektik ‘marketing’ bagi mempromosikan lagu raya mereka.
The post Kemelut Aliff Syukri & Iman Troye Sudah Berakhir, Tekad Lancar Lagu Raya Bersama – “Alhamdulillah Datuk Dah Tarik Saman..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments