Melalui laporan USA Today, jenama yang pernah menjadi pilihan ramai iaitu Quicksilver, Billabong, Roxy dan Volcom akan ditutup di Amerika Syarikat (AS) selepas diisytiharkan muflis.
Pasaran global turut akan terjejas?
Biarpun penutupan tersebut hanya berlaku di AS, persoalan mengenai masa depan jenama tersebut di pasaran global, termasuk Malaysia turut menjadi tanda tanya.
Menurut CEO Liberated Brands, Todd Hymel, syarikat berkenaan mengenai masalah kewangan yang teruk susulan melibatkan beberapa faktor ekonomi.
Sudah lakukan pelbagai cara, semua gagal
Difahamkan, Liberated Brands mempunyai 124 kedai di AS termasuk jenama lain seperti Spyder, RVCA, dan Honolua, di mana ia mempunyai hutang sebanyak $83juta (sekitarRM390juta) dalam hutang bercagardan $143 juta (sekitar RM670 juta) dalam hutang tidak bercagar.
Pelbagai cara sudah diambil oleh syarikat terbabit tetapi gagal untuk menyelamatkannya dan hak lesen operasi mereka di AS untuk jenama Volcom, RVCA dan Billabong ditamatkan pada Disember 2024 lalu.
The post Isytihar Muflis.. Jenama Quiksilver, Billabong & Roxy ‘Hanya Tinggal Kenangan’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments