#Hiburan: “Dia Takkan Perkenalkan Diri Sebagai Influencer, Dia Taknak Special Treatment” – Pemilik Restoran Kongsi Pengalaman ‘Deal’ Dengan Jason

Sejak beberapa hari yang lepas, nama food reviewer terkenal di media sosial iaitu Jason menjadi bualan hangat selepas seorang lagi individu yang dikenali sebagai ‘ceokakireview’ didakwa menghentamnya kerana memberikan komen yang jujur tentang makanan di sebuah restoran.

Terbaru, seorang pemilik restoran, Samurai Yakiniku berkongsi di TikTok tentang pengalamannya sebelum ini berurusan dengan Jason untuk memberi review makanan di restorannya itu.

Advertisement

Kata @asraffjeffery, Jason mempunyai dua syarat yang ditetapkan olehnya sekiranya mana-mana pemilik bisnes makanan atau minuman mahu mendapatkan servis review daripadanya.

Yang pertama. review dia adalah jujur. 100% daripada dia, kita tak boleh nak atur dia suruh dia beritahu audience makanan tu sedap. Dan kalau dia makan, makanan tu tak sedap kita kena terima dia punya video seadanya.

 

Syarat yang kedua pula, dia berkata Jason tidak akan datang ke kedai dan memperkenalkan dirinya sebagai pempengaruh hanya untuk mendapatkan layanan istimewa.

Jason juga meminta agar pemilik restoran tidak menetapkan masa untuknya datang ke premis membuat review sebaliknya dia akan datang pada bila-bila masa yang dia mahu.

Dia takkan perkenalkan diri sebagai influencer. Dia nak pengalaman yang sama dengan pelanggan rasai.

@asraffjeffery Ini pengalaman saya deal dengan Jason,adakah betul review dia jujur? Kenapa video @samuraiyakiniku ♬ Epic News – DM Production

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna TikTok di mana rata-ratanya meluahkan pendapat masing-masing tentang Jason.

Netizen akui lebih gemar menonton food reviewer seperti Jason yang menerangkan tentang makanan atau minuman yang dicubanya daripada segi rupa dan rasa secara terperinci.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Ramai turut memujinya kerana lebih sanggup beratur dan tunggu giliran untuk dapat makanan kerana mahu memberikan review yang jujur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 days ago

Dituduh 'Lingkupkan' Perniagaan Peniaga, Jason Tampil Bersuara - "Saya Pelanggan Jadi Saya Jujur, Tekak Awak Dengan Saya Lain-Lain

The post “Dia Takkan Perkenalkan Diri Sebagai Influencer, Dia Taknak Special Treatment” – Pemilik Restoran Kongsi Pengalaman ‘Deal’ Dengan Jason first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments