Seorang kontraktor berusia 60 tahun maut selepas ditikam berulang kali oleh isterinya di hadapan rumah mereka, pagi Ahad selepas berlaku perselisihan faham.

Menurut Harian Metro, kejadian itu disaksikan orang awam yang kemudian melaporkannya kepada polis pada 11.05 pagi.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek yang merupakan suri rumah telah ditahan di lokasi kejadian dan polis turut merampas senjata yang digunakan wanita berusia 59 tahun itu.

Garisan polis di tempat jenayah

Gambar hiasan

Mayat mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan punca kematian akibat kesan kecederaan daripada beberapa tikaman.

Tambahnya, mangsa mendirikan rumah tangga bersama suspek sejak 37 tahun yang lalu dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

Suspek yang juga wanita tempatan direman lima hari bermula hari ini hingga 21 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 days ago

Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Motosikal Terbabas Rempuh Tembok Batu

The post Suami Maut Ditikam Isteri Depan Rumah Selepas Bertengkar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas