#Hiburan: “Wira & Manja” – Beruang Matahari Dipilih Sebagai Ikon ‘Visit Malaysia 2026’

Beruang matahari telah dipilih sebagai maskot rasmi untuk Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua watak beruang, iaitu “Wira” (beruang jantan) dan “Manja” (beruang betina), diperkenalkan untuk memeriahkan kempen tersebut sepanjang tahun depan.

Advertisement

Watak-watak ini direka dengan gaya animasi yang comel dan menarik, bertujuan untuk memikat perhatian pelancong dari pelbagai lapisan umur ke Malaysia.

Beruang matahari dipilih sebagai ikon

Majlis pelancaran VM2026 turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta beberapa tetamu kehormat.

Beruang matahari dipilih sebagai maskot kerana ia adalah spesies beruang terkecil di dunia, serta spesies asli yang tinggal di kawasan tropika Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Maskot ini melambangkan kekayaan biodiversiti negara yang unik dan mempesona.

Maskot visit malaysia 2026

Pada majlis yang diadakan di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang menggambarkan kepelbagaian budaya, kecantikan alam semula jadi, dan daya tarikan Malaysia kepada pelancong antarabangsa.

Dalam ucapannya, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan bahawa tiada negeri yang akan dipinggirkan dalam kempen ini dan setiap negeri akan diberikan perhatian bagi memastikan kejayaan VM2026.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Palestin mengamuk di WTKL
2 days ago

Mahu Balik Mesir Dengan Segera, Warga Palestin Mengamuk Di WTKL

The post “Wira & Manja” – Beruang Matahari Dipilih Sebagai Ikon ‘Visit Malaysia 2026’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments