Baru-baru ini, personaliti media sosial sensasi iaitu Aisyah Hijanah memaklumkan banyak pihak yang mengambil kesempatan ke atas dirinya susulan kontroversi yang dilalui sejak kebelakangan ini.
Ramai ambil kesempatan
Bahkan, Aisyah berkata ada pihak yang sanggup membuka akaun media sosial menggunakan namanya bagi meraih pengikut serta keuntungan.
Nama tengah busuk memang lebih banyak tahi daripada bunga orang bagi. Perkara tiada kena mengena pun buat cerita macam-macam.
View this post on Instagram
Nama digunakan tanpa izin
Bukan itu saja, malah kawan pempengaruh itu memberitahunya terdapat sebuah syarikat juga menjual namanya atas tujuan bagi menyelamatkan diri daripada dipersalahkan.
Tidak goyah menghadapi ujian ini, Aisyah berdoa agar dirinya sentiasa bersabar dan dikurniakan pahala setimpal atas ujian yang sedang dilalui sekarang ini.
Semoga Allah bagi pahala sabar yang besar kepada saya di dunia serta akhirat dan masuk ke syurga tanpa hisab.
Sekadar info, Aisyah dan suami, Aliff Teega sedang berdepan dengan 12 tuduhan susulan dakwaan salah guna dana awam yang melebihi RM1.8 juta.
The post Ramai Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan, Ini Luah Aisyah Hijanah – “Lebih Banyak Tahi Daripada Bunga Orang Bagi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments