#Hiburan: Kod QR KLIA: Warganegara Malaysia Yang Mengembara Diwajibkan Memuat Turun Aplikasi MyBorderPass

Warganegara Malaysia yang mengembara diwajibkan memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Setelah aplikasi dimuat turun, pengembara perlu melalui pengesahan wajah sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan, seperti dimaklumkan Jabatan Imigresen (JIM) dalam hantaran media sosialnya, hari ini.

Advertisement

pengembara malaysia wajib muat turun myborder pass

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelancaran sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR di KLIA mulai Januari tahun ini adalah untuk mengatasi masalah kesesakan, terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

Saifudddin juga mengumumkan tempoh percubaan kod QR di 40 lorong khas di KLIA T1 dan T2 mulai bulan ini.

Difahamkan, kelebihan sistem kod QR ialah tempoh pelepasan yang lebih pantas, hanya 5 hingga 7 saat, berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional. Jabatan Imigresen (JIM) juga memberi jaminan bahawa keselamatan, khususnya pelepasan warga asing, tidak akan terjejas dengan pelaksanaan sistem ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anthony Loke
2 hours ago

Sepuluh Syarikat Memohon Lesen Pemeriksaan Kenderaan, 30 Tahun Tempoh Monopoli PUSPAKOM Bakal Berakhir

 

The post Kod QR KLIA: Warganegara Malaysia Yang Mengembara Diwajibkan Memuat Turun Aplikasi MyBorderPass first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments