Boleh dikatakan ramai yang tidak tahu apakah fungsi butang kecemasan yang terdapat di stesen minyak, jadi salah seorang staf Petronas tampil mendedahkan bila waktu yang ‘sesuai’ untuk pengguna menekan butang tersebut.
Boleh tekan butang kecemasan jika nampak..
Menurut staf terbabit, pengguna boleh menekan butang tersebut jika mendapati ada pemandu dari negara luar seperti Singapura dan Thailand mengisi tangki minyak kereta mereka dengan RON95 atau minyak kuning.
Singaporean…dengar ni…
Nampak no plat kereta luar isi minyak kuning? Tekan butang emergency. pic.twitter.com/t0KozdM396
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 1, 2025
Sedia maklum, minyak RON95 merupakan minyak subsidi untuk rakyat Malaysia sahaja.
Jika pengguna menekan butang kecemasan itu, secara serta merta aktiviti pengisian minyak akan berhenti dan individu yang menekan boleh memaklumkan kepada petugas Petronas tentang pemandu kereta luar negara cuba mengisi minyak kereta mengguna RON95.
Netizen Malaysia tak sabar nak guna
Tidak dinafikan, netizen kebanyakannya berasa teruja apabila mengetahui fungsi butang merah itu dan tidak sabar mahu menggunakannya jika ternampak warga luar menggunakan minyak RON95.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada staf Petroas itu kerana memberi informasi yang berguna buat rakyat Malaysia.
The post “Nampak Plat Asing Isi Minyak Kuning, Boleh Tekan..” – Staf Petronas Bagitahu Fungsi Butang ‘Emergency’ Di Stesen Minyak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments