Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengesahkan bahawa satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada sekitar pukul 5 petang semalam.
Kekecohan tersebut dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati warga Palestin yang mahu permohonan mereka untuk pulang ke Palestin dipercepatkan.
Menurut kenyataan ATM, akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang dengan warga Palestin yang terlibat.
Situasi tersebut berjaya dikawal dengan baik tanpa sebarang pergaduhan atau kecederaan, namun terdapat sedikit kerosakan terhadap perabot di WTKL
Warga Palestin yang terlibat dalam kekecohan tersebut kemudian bersurai sekitar pukul 7.30 malam. ATM juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut.
Semalam, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan kekecohan di WTKL, di mana warga Palestin dilihat menggoncang pagar dan membuat bising di kawasan sekitar. Mereka juga dilihat memegang kertas yang meminta untuk kembali ke Mesir, membakar sampah di luar WTKL, serta memecahkan pasu pokok, memetik Kosmo Online.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Mahu Balik Mesir Dengan Segera, Warga Palestin Mengamuk Di WTKL first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments