Anak kepada selebriti terkenal Nur Fazura, Nur Fatima Aisya dirakam menitipkan kata-kata semangat buat ibunya itu sekaligus meruntun hati peminat di luar sana.
Meskipun baru berusia 4 tahun, si kecil itu seolah-olah memahami perjuangan ibunya yang bergelar ibu tunggal setelah bercerai dengan pelakon Fattah Amin pada September lalu.
Mommy tahu beberapa bulan kebelakangan ini sangat mencabar untuk kita berdua. Mommy ingin kamu tahu bahawa mommy amat bersyukur dan bangga dengan ‘hero’ yang Allah SWT kurniakan kepada mommy iaitu dalam diri kamu.
Kata-kata kamu yang menenangkan iaitu ‘mommy akan rasa lebih baik’ sentiasa membantu untuk menempuh banyak perkara tahun ini. Mommy berterima kasih kepada Allah setiap hari atas nikmat yang kita memiliki satu sama lain.
Nur Fazura juga menerusi hantarannya itu juga mengharapkan puteri tunggalnya itu mendapat kehidupan yang baik dan berharap anaknya memahami apa yang dilalui pada ketika ini setelah besar kelak.
Kebahagiaan kamu sangat penting untuk mommy. Terima kasih kerana membenarkan mommy membesarkan kamu dengan penuh kedamaian dan hati mommy tidak lagi hancur berkecai.
Mommy mungkin tidak mampu menjelaskan semuanya sekarang tetapi yakin suatu hari nanti kamu akan faham.
Sekadar info, Fazura memaklumkan dia sudah tamat tempoh idah pada 13 Disember lalu setelah bercerai pada tahun lalu.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 4 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Mommy Akan Rasa Lebih Baik” – Pesanan Fatima Aisya Buat Nur Fazura Bikin Netizen Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments