#Informasi: Awas, Curi Kanak-kanak..

Hasil carian imej untuk aws curi kanak-kanak
Dua suspek larikan kanak-kanak lelaki ditahan polis
SEREMBAN 1 Feb. - Polis menahan seorang lelaki dan wanita kerana disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari ibunya di Rasah Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek yang berusia 31 dan 40 tahun diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selepas menerima laporan ibu mangsa.

"Ibu mangsa berumur 36 tahun memaklumkan anak lelakinya dilarikan oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil pada pukul 11.45 pagi.

"Polis berjaya mengesan dan menahan kereta dinaiki suspek di kawasan Bukit Mantin, Nilai kira-kira pukul 2.20 petang. Seorang lelaki dan wanita ditangkap manakala kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan,di sini malam tadi.

Hock Poh berkata, ujian air kencing mendapati suspek lelaki tersebut positif dadah.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Ujarnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan tahanan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. - UTUSAN ONLINE

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments