#Hiburan: Saya Memang On Off Berhijab, Iman Goyang Bila Dikecam – Ernisha

Dikenali dengan imej bertudung, masih ramai netizen yang sukar untuk melupakan aksi bekas finalis Dewi Remaja, Erni Nurshahira ataupun Ernisha meminum arak dan berpakaian sangat ‘daring’ di kelab malam.

Namun, kata Ernisha, memang sebelum ini beliau tidak tetap (on ff) memakai tudung dan imannya kian goyang selepas dikecam.

Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.

Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih.

Bagaimanapun, Ernisha akui kontroversi di kelab malam itu merupakan detik paling sukar dalam hidupnya dan beliau kesal dengan pilihannya bergaul dengan individu yang tidak sepatutnya.

Ernisha berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya agar kekal istiqamah.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : Hijabista


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments