#Hiburan: Pengarah Mamat Khalid Kritikal Di ICU

Pengarah terkenal tanah air, Mamat Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal  selepas mengadu sakit dada dan batuk. Sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Jumaat lalu, beliau diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkan organnya berehat.

Menurut doktor, suami diletakkan dalam keadaan itu selama 48 jam bagi memberi rehat kepada jantung dan organ dalaman lain.

Alhamdulillah, suami memberi tindak balas positif dan keadaan kesihatannya sedang dipantau rapi. Hanya itu ikhtiar kami dan saya bersyukur kerana dia diberikan rawatan yang terbaik. Insya-Allah, semangat juang suami saya kuat. Doakan kesejahteraannya dan saya sangat berterima kasih.

Terdahulu, pada April 2017, pengarah yang dikenali menerusi filem Hantu Kak Limah itu pernah dimasukkan ke ICU akibat kepenatan dan sesak nafas. Mamat juga pernah menerima rawatan di hospital kerana masalah jantung tersumbat pada November 2014.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments