#Hiburan: (VIDEO) Berhenti Buat Kenyataan Bodoh – Michael Ang Tempelak Bekas Finalis Dewi Remaja?

Kontroversi melibatkan bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019 masih lagi berpanjangan. Terbaru, apabila Ernisha mengeluarkan kenyataan tentang tindakannya yang ‘on off’ berhijab dan imannya semakin tidak kuat kerana terkesan dengan kecaman netizen. Tertanya-tanya betul atau tidak keputusan beliau untuk berhijab sebelum ini.

Tentunya kenyataan Ernisha itu sekali lagi mendapat kritikan dan pengarah Michael Ang terpanggil untuk memberikan sedikit komen mengenai isu berkenaan.

Michael agak pelik dan mempertikaikan kenyataan Ernisha. Pada logiknya, perubahan yang baik seperti menutup aurat pastinya akan diterima baik juga oleh masyarakat.  Pada masa yang sama, Michael menasihati bekas finalis Dewi Remaja itu berhenti mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael. Sepatutnya apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran dan tidak perlu lagi terus menegakkan benang yang basah.

Apa pula pendapat anda?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments