#Hiburan: Saya Kurus Kerana Terlalu Bahagia – Juliana Evans

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru tentang pelakon Che Puan Juliana Evans, ada peminat mula risau kenapa beliau kelihatan terlalu kurus? Ada apa-apa ke?

Menurut Juliana beliau terlalu kurus bukan disebabkan masalah mahupun sedang bersedih tetapi kerana terlalu bahagia. Bukan itu sahaja, beliau juga kini mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kalau orang lain kurus, mungkin disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi saya kurus kerana terlalu bahagia. Syukur, hampir dua tahun bergelar isteri, saya kini makin selesa membuat kerja rumah seperti mengemas dan memasak untuk suami setiap hari.

Walaupun suka memasak tetapi saya tetap utamakan menjaga kesihatan iaitu mengawal pemakanan harian termasuk sentiasa bersenam. Apatah lagi, memang saya nak kurus seperti sekarang dengan berat badan sekitar 47 atau 48 kilogram (kg) saja. Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi.

Berbicara soal zuriat pula, Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman sudah bersedia untuk menimang cahaya dan menyerahkan soal rezeki kepada ketentuan Allah SWT.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments