#Hiburan: Fasha Gembira Majlis Kahwin Berkonsepkan Kampung, Tiada Majlis Besar-Besaran – Aidil Aziz

Bakal berkahwin pada akhir Mac nanti, pelakon Aidil Azizi memberitahu beliau dan tunang tercinta, Fasha Sandha memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan kampung dan tradisional pada majlis pihak lelaki.

Kata Aidil, tiada majlis persandingan besar-besaran di hotel dan Fasha sendiri begitu gembira dengan tema kampung itu.

Fasha sendiri sukakan konsep dan suasana kampung dan dia langsung tiada masalah dengan tema itu malah sangat gembira dengannya.

Fokus persiapan perkahwinan mereka lebih kepada untuk meraikan tetamu memandangan Aidil mempunyai jumlah ahli keluarga yang besar.

Persiapan untuk diri biasa sahaja. Apa yang menjadi tumpuan saya adalah bagi meraikan tetamu yang datang termasuk ahli keluarga saya yang besar. Selebihnya masih dalam proses dan semuanya berjalan dengan baik ketika ini.

Ditanya apakah perasaan beliau bakal menjadi suami tidak lama lagi, Aidil sama sahaja seperti orang lain yang turut merasai debarannya. Bagaimanapun, beliau yakin segala urusan akan dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments