#Hiburan: Tiada Dokumen Sah Lahir, Nasab Kanak-Kanak GISBH Akan Ditentukan Oleh Mahkamah Syariah Negeri

Melalui laporan Berita Harian, nasab kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) akan ditentukan oleh mahkamah syariah susulan tidak mempunyai dokumen sah lahir daripada pernikahan mengikut syarak.

Mahkamah syariah tentukan nasab

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Mohd Nai’im Mohktar, ini dilakukan kerana penentuan nasab terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Advertisement

Dr Mohd Nai’im

Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa anak itu adalah anak yang sah taraf baharulah boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam pada itu, Dr Mohd Nai’im memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memainkan peranan dalam jawatankuasa khas bagi menyelaras hal ini.

Seperti lahir hasil perkahwinan tak sah

GISBH

Katanya lagi, pihak JPN tidak boleh mendaftarkan kanak-kanak atau mengeluarkan sijil sah sehingga mereka sah di ‘bin’ kan Abdullah berikutan tiada dokumen mengatakan wujudnya perkahwinan.

Isunya sekarang anak-anak itu seolah-olah tidak sah taraf dan tiada dokumen yang menunjukkan mereka lahir hasil perkahwinan yang sah.

staf restoran GISB bersumpah tak guna air rendaman janggut
19 hours ago

Staf Restoran GISBH, Ikhwan Delights Bersumpah Tidak Gunakan Air Rendaman Janggut - “Atas Nama Allah & Rasul, Wallahi…”

The post Tiada Dokumen Sah Lahir, Nasab Kanak-Kanak GISBH Akan Ditentukan Oleh Mahkamah Syariah Negeri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments