#Hiburan: “Lebih Rela Undi Ruhainies Atau Bella Astillah” – Tercalon Top 20 Artis Sensasi Popular ABPBH, Shila Amzah Minta Peminat Jangan Undi Dirinya

Penyanyi Shila Amzah memberi respon setelah namanya tercalon top 20 kategori Artis Paling Sensasi Popular, Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-36.

Ujar Shila, dia berasa hairan mengapa namanya tercalon sedangkan dia tidak mempunyai sebarang isu sensasi.

Advertisement

Saya masuk ABPBH tapi kategori artis paling sensasi. Benda tu pelik, faham tak, saya tak menciptakan isu yang sensasi.

Saya lebih rela anda undi selebriti lain seperti Bella Astillah, Ruhainies ke..saya tak nak terkenal sebagai artis sensasi, saya adalah penyanyi.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga meminta orang ramai untuk tidak mengundinya dalam kategori tersebut.

Tolong jangan undi saya, jangan. Saya tak tahu apa saya akan rasa sekiranya saya menang walaupun saya tahu tak akan menang.

Buat tak nampak je nama saya kat situ okay. Kalau lepas ni saya tercalon untuk penyanyi wanita baru undi.

Difahamkan, Shila telah tercalon dalam top 20 kategori Ekstra Tonton Paling Popular iaitu Artis Paling Sensasi termasuklah selebriti lain seperti Bella Astillah, Sophia Albarakbah, Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby dikecam berlakon Zack x factor
2 days ago

Bergandingan Dengan Zack X Factor Dalam Drama, Abby Abadi Dikritik Kelihatan 'Tua' - "Jealous Ke Wak, Hitam Sangat Hati Tu"

The post “Lebih Rela Undi Ruhainies Atau Bella Astillah” – Tercalon Top 20 Artis Sensasi Popular ABPBH, Shila Amzah Minta Peminat Jangan Undi Dirinya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments