#Hiburan: Kerabat Pahang Didakwa Mengasari Orang Awam, Ini Respon Tengku Hassanal – “Saya Tak Akan Melindungi Mana-Mana Pihak”

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim tampil memberi respon apabila seorang individu mendakwa dirinya diserang kerabat diraja Pahang.

Titah Tengku Hassanal, beliau memandang serius mengenai dakwaan itu dan telah meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan pantas dan segera serta adil.

Advertisement

Individu mendakwa diserang kerabat pahang

Mangsa itu mendakwa dirinya telah diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu menggunakan senjata tajam serta pistol sehingga mendatangkan kecederaan.

Saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-man pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

Tambah Tengku Hassanal, semua orang adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira gelaran dan keturunan.

Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-man pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan jenayah dan kesalahan undang-undang.

Lelaki berkenaan yang juga merupakan seorang pekerja pembinaan telah menerima beberapa jahitan akibat kecederaan yang dialami di bahagian paha dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari mengesahkan ada menerima laporan kes tersebut dan ia disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Kesekssan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tok siak libas budak budak di masjid
1 hour ago

"Sampai Berbirat Anak Orang" - Siak Rotan Budak Ketika Solat Jumaat Undang Kemarahan Netizen

The post Kerabat Pahang Didakwa Mengasari Orang Awam, Ini Respon Tengku Hassanal – “Saya Tak Akan Melindungi Mana-Mana Pihak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments