Nama pasukan kandungan yang dikaitkan dengan personaliti media sosial Ammar Nazhan kembali menjadi bualan hangat apabila tular dakwaan di media sosial mengatakan wujud penyebaran video tidak senonoh melibatkan beberapa individu daripada kumpulan tersebut di platform X.
Perkara itu mula diperkatakan selepas beberapa pengguna Threads dan X berkongsi hantaran serta tangkap layar yang mendakwa wujud kandungan bocor (leak). Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak Ammar Nazhan atau wakil pasukannya berhubung kesahihan dakwaan berkenaan.

Terdahulu, kumpulan tersebut juga pernah menerima kritikan netizen susulan isu tinggal serumah melibatkan lelaki dan perempuan yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.
Perkembangan terbaharu ini sekali lagi mengundang pelbagai reaksi ada yang mengecam, ada yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi, dan tidak kurang juga yang menasihatkan supaya privasi individu dihormati sementara menunggu penjelasan rasmi.
Pemerhati media sosial turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan semula kandungan yang didakwa sensitif atau tidak sesuai, selain mengelakkan tuduhan melulu tanpa bukti sahih. Setakat ini, status sebenar dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Team Ammar Nazhan Didakwa Terpalit Isu Video Tidak Senonoh Di Platform X, Cetus Perdebatan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments