Monday, 3 June 2013

Penyanyi Shajiry dah kahwin! Yang dahulu femes lagu Orang Kita ;)



Pelakon dan penyanyi, Shajiry Damery, 39, dengan sekali sah menjadi suami kepada wanita pilihan hatinya, Yusnita Yusof, 38,di majlis pernikahan yang telah berlangsung di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Sabtu lalu.
 
Bermula sebagai rakan kongsi perniagaan, pasangan yang berkenalan sejak lapan tahun lalu telah dinikahkan oleh bapa saudara pihak perempuan, Sahak Bin Mohamad sambil disaksikan oleh Imam Masjid Umar Al-Khattab dan pendaftar nikah Masjid Wilayah, Mohammad Syukri bin Yaaccob.
 
Dalam majlis serba sederhana tetapi meriah ini, Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, wang hantaran sebanyak RM 15,000 berserta 10 dulang hantaran dan dibalas dengan 11 dulang oleh pihak perempuan. 
 
Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Ipoh, Perak pada 8 Jun nanti. Tahniah MH Online ucapkan, semoga ikatan yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat. 

No comments:

Post a Comment

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...