Manifesto JUARA VERSUS musim kedua ! Tahniah ! Jom usha!





Akhirnya band feveret admin jd juara Versus ! Yahooo!!! ;)

Tomok dan juga Modread telah bergabung di dalam Versus Musim Kedua ini membentuk  'Manifesto'  telah berjaya bergelar Juara Versus 2 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
 
Manifesto telah dianggotai oleh Tomok, Fami, Johan, Ainol, Syapik dan juga Kirk, kumpulan ini  telah mempamerkan sisi kreatif mereka dalam setiap lagu yang disampaikan selama hampir lapan minggu beraksi.
 
Walauapun menerima kritikan pada persembahan pertama mereka menerusi lagu baru  bertajuk 'Manifesto' gabungan bersama  Joe Flizzow, namun maruah Manifesto dapat ditebus semula apabila  mendendangkan lagu 'mash up' 'Biar Putih Tulang' dan 'Bukan Cinta Biasa'.  
 
Kreativiti, kekuatan susunan lagu dan kematapan vokal Tomok akhirnya telah membawa kemenangan besar buat Manifesto ketika sesi 'battle'  menerusi lagu 'Titian Perjalanan'. Tahniah!!!

sumber : Media Hiburan Online 


Post a Comment

0 Comments