#Hiburan: Setia Menemani, Bella Astillah Hadir Ke Mahkamah Rayuan Putrajaya Tanda Sokongan Buat Syed Saddiq

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hadir di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada jam 7.50 pagi bagi mengikuti keputusan rayuan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tampil dengan senyuman manis, Bella kelihatan menawan dalam busana baju kurung berwarna biru muda dan ditemani oleh dua orang pembantu.

Advertisement

Beliau kemudian dilihat menuju ke kantin untuk bertemu dengan ibu bapa Syed Saddiq yang tiba lebih awal, sekitar jam 7.38 pagi.

Keputusan dijangka diumumkan pada jam 9 pagi oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Syed Saddiq mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan bersubahat dalam pecah amanah, penyalahgunaan harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed saddiq mahkamah
49 mins ago

“Dalam Dunia Politik Saya Hanya Orang Yang Kecil, Saya Berdoa Saya Dapatkan Bersihkan Nama” - Syed Saddiq

The post Setia Menemani, Bella Astillah Hadir Ke Mahkamah Rayuan Putrajaya Tanda Sokongan Buat Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments