Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Kieda Crepe yang mendedahkan dirinya terkena jangkitan herpes.
Susulan itu, orang ramai mula meluahkan rasa risau untuk membeli produk yang dihasilkan oleh usahawan ini gara-gara takut dijangkiti penyakit tersebut.
Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) tampil menjelaskan bahawa pembeli barangan jualan daripada peniaga yang mempunyai herpes simplex virus (HSV-1) berdepan dengan risiko rendah untuk dijangkiti virus tersebut.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh PHM menerusi ruangan komen apabila ditanya oleh seorang individu bagi mendapatkan kepastian.
Isu ini mendapat perhatian ramai selepas PHM memuat naik satu poster berkaitan gejala herpes dan puncanya di Facebook.
Selain itu, seorang lagi individu yang berminat mengenai isu tersebut bertanya sama ada virus HSV-1 ini boleh dijangkiti atau tidak melalui peralatan makanan yang digunakan individu yang dijangkiti virus tersebut.
PHM menjawab ringkas dengan menafikan bahawa ia boleh dijangkiti melalui peralatan makanan yang digunakan oleh individu yang dijangkiti virus HSV-1.
Dalam pada itu, PHM turut memaklumkan bahawa HSV-1 ini sangat mudah dijangkiti walaupun tiada luka yang nampak dan memberikan punca ia mudah dijangkiti.
Ciuman kasih sayang. walaupun luka tak kelihatan; berkongsi gelas, sudu, berus gigi, atau tuala; menggunakan lip balm atau lipstick orang lain.
Seks oral, walaupun pasangan tiada gejala; dan sentuhan tangan ke mulut selepas menyentuh luka orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel lain yang menarik di bawah.
The post Ramai Mula Takut Nak Beli Sebab Kieda Dijangkiti Herpes, PHM Tampil Beri Penjelasan – “Risiko Rendah..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments