#Hiburan: Mayat Suami Isteri Warga Emas Ditemui Sudah Berulat Di Rumah – “Rumah Dalam Keadaan Baik”

Melalui laporan Berita Harian, sepasang suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di kediaman mereka yang terletak di Raub, Pahang, semalam.

Mayat sudah berulat

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman, mayat suami, Wong Tong Seng, 75, ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah pun berulat di hadapan sinki dapur, manakala mayat isteri, Loh Kam Ngo, 73, pula berada di bucu katil dalam bilik tengah rumah tersebut.

Advertisement

mayat pasangan warga emas ditemui

Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan keadaan rumah berada dalam keadaan baik.

Siasatan lanjut sudah pun dilakukan di Hospital Raub dan punca kematian difahamkan berlaku kerana kedua-duanya terkena serangan jantung.

Dua-dua ada penyakit, klasifikasikan mati mengejut

Difahamkan, Kam Ngo menghidap penyakit Parkinson sejak 20 tahun yang lalu, manakala suaminya dilaporkan menerima rawatan jantung di Klinik Kesihatan Ulu Gali.

mayat pasangan warga emas ditemui

Kes kematian mereka ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

16 hours ago

Baru 'Kehilangan' Suami Januari Lalu, 'Posting' Terakhir Guru Dit*kam Anak Di Facebook Undang Sebak - "Adik-Beradik Takkan Ada Ganti"

The post Mayat Suami Isteri Warga Emas Ditemui Sudah Berulat Di Rumah – “Rumah Dalam Keadaan Baik” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments