Hantaran dimuat naik oleh penyanyi rap dan aktivis sosial, Caprice sememangnya sering menarik perhatian memandangkan dia selalu cuba membantu mangsa-mangsa jenayah seksual.
Caprice yang mengetuai satu gerakan digelar Munafik Hunter akan selalu berada di belakang mangsa-mangsa ini dan membantu mereka untuk membawa pelaku ke muka keadilan.
Terbaru, hantaran dikongsikan Caprice mengundang perhatian sekaligus mencetuskan tanda tanya serta menjadi topik bualan netizen di ruangan komen.
Menerusi Instagram, Caprice telah berkongsi potongan video daripada muzik video lagu terbaru penyanyi Naim Daniel yang menampilkan aktor popular, Faizal Hussein sebagai watak utama.
Nice song Walid.
View this post on Instagram
Tidak menyebut tentang apa-apa isu mahu pun memberitahu mengapa dia memuat naik video itu namun ruangan komen Caprice dipenuhi dengan komen dan pertanyaan netizen.
Biasanya cap kalau da up makna nya.??? Ytjt
Dalam pada itu, segelintir individu mengkritik Caprice kerana berkongsi video penyanyi tersebut sedang memakai jubah kerana berpendapat ia mencemarkan nama agama.
The post Muat Naik Video Muzik Dengan ‘Caption’ Pendek, Hantaran IG Caprice Raih Perhatian – “Nice Song Walid” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments