#Hiburan: Kenyataan ‘Dosa Yang Tidak Diampunkan Punca Anak Tak Menjadi’ Teruk Dikecam, Prof Muhaya Bersuara – “Betapa Pentingnya Kita Jaga Minda..”

Baru-baru ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya mengenai ‘dosa yang tidak diampunkan punca anak tak menjadi’ teruk dikecam warganet, malah ramai juga pendakwah lain tampil menegurnya.

Prof Muhaya tampil pertahankan diri

Tidak mendiamkan diri, Prof Muhaya tampil bersuara di laman Instagramnya dengan mengatakan dirinya berlapang dada menerima teguran daripada semua pihak mengenai kenyataan yang dikeluarkan di sebuah portal pada tahun 2019.

Advertisement

Prof Muhaya yang juga membahasakan dirinya sebagai Bonda memberi penjelasan disebalik maksud kenyataan yang kini menjadi topik hangat dikalangan warganet.

Bonda selalu share dalam ‘talk’ dan kelas-kelas Bonda, betapa pentingnya kita menjaga minda bawah sedar kita kerana ia membentuk tindakan dan emosi kita terutamanya buat anak-anak yang dibawah umur 7 tahun.

Cuma nak nasihat ibu bapa bertaubat

Jelas beliau lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan nasihat buat kaum ibu bapa untuk bertaubat daripada dosa yang lalu.

Bonda menyeru agar ibu bapa bertaubat kerana kita adalah insan yang berdosa dan tanpa sedar, kita mungkin menjadi contoh yang kurang baik kepada minda anak-anak sehingga membentuk jati diri mereka.

Oleh itu, taubat mesti menjadi agenda utama kita dalam membesarkan anak-anak. Memang benar kita sebagai ibu bapa tidak dapat mengawal fikiran anak-anak.

Dalam pada masa yang sama, Prof Muhaya turut menyeru orang ramai untuk membaca habis artikel tersebut supaya dapat lebih memahami mesej yang disampaikan olehnya.

prof muhaya
22 hours ago

"Anak Tak 'Menjadi' Sebab Dosa Ibu Bapa Tidak Diampunkan" - Ustazah Maznah Tampil Tegur Kenyataan Prof Muhaya Mohamad Di Tiktok

The post Kenyataan ‘Dosa Yang Tidak Diampunkan Punca Anak Tak Menjadi’ Teruk Dikecam, Prof Muhaya Bersuara – “Betapa Pentingnya Kita Jaga Minda..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments