#Hiburan: “Dalam Dunia Politik Saya Hanya Orang Yang Kecil, Saya Berdoa Saya Dapatkan Bersihkan Nama” – Syed Saddiq

Terbaru, di Mahkamah Rayuan, Ahli Parlimen, YB Syed Saddiq berterima kasih kepada sesetengah pihak serta netizen yang tidak henti-henti menyokongnya daripada awal.

Hanyalah insan kecil di dunia politik

Kata Syed Saddiq, 33, dirinya hanyalah sekadar insan yang kecil di dunia politik tetapi disebabkan sokongan ramai, dia sangat bersyukur dan kekal tabah menghadapi pelbagai rintangan dengan kuat.

Advertisement

Saya ucapkan terima kasih, saya juga terharu kerana tiga ke empat hari yang lepas setiap malam melalui sesi ‘online’ ada sesi pembacaan yassin setiap malam. Saya betul-betul terhutang budi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Berjanji akan bersihkan nama

Dalam pada masa yang sama, Ahli Parlimen Muar itu turut berharap jika keputusan mahkamah berpihak kepadanya, dia akan dapat membersihkan nama seperti yang sudah dijanjikan.

Sekadar info, pada 28 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi berpendapat tindakan Syed Saddiq mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta tanpa kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (Bersatu) merupakan satu kesalahan pecah amanah.

syed saddiq mahkamah
3 months ago

"Saya Sentiasa Percaya Saya Tak Bersalah & Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Membuktikan Itu" - Syed Saddiq

The post “Dalam Dunia Politik Saya Hanya Orang Yang Kecil, Saya Berdoa Saya Dapatkan Bersihkan Nama” – Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments