#Hiburan: Lelaki Mengganas, Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua & Bakar Kereta

Seorang wanita maut akibat dikelar suaminya sendiri menggunakan senjata tajam sebelum lelaki berusia 30-an itu bergerak ke rumah keluarga mentua dan membakar sekurang-kurangnya empat kenderaan.

Menurut laporan, suspek mengelar leher isterinya di kediaman di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak malam tadi sebelum ke rumah mentuanya di Kampung Durian Chondong.

Advertisement

lelaki bakar kereta mentua

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata suspek telah berjaya diberkas sepasukan anggota polis selepas pulang semula ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi tadi.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan permohonan reman.

Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 week ago

Isteri Nyaris Maut Kerana Suami Paksa Hubungan Intim 4 Hari Selepas Bersalin Secara Czer - "Tak Boleh Tunggu, Takut 'Makan Luar'"

The post Lelaki Mengganas, Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua & Bakar Kereta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments