#Hiburan: “Pihak Kami Dah Bersedia” – Pemandu Bas Nahas Pelajar UPSI Ditahan Polis Sejurus Keluar Hospital

Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada Isnin lalu telah ditahan oleh polis, memetik Sinar Harian.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, mengesahkan bahawa lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sekitar jam 5.45 petang selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Advertisement
ketua polis perakSumber : SinarHarian  

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kita sedang menunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada pemandu bas itu akan didakwa di mahkamah esok atau tidak. Dari pihak polis, kami sudah bersedia.

Lelaki warga tempatan itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Taiping kerana kecederaan di tangan sejak kejadian berlaku.

Pada Isnin pagi, di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, bas yang membawa 42 penumpang dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat sekeluarga.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hours ago

Lebih 200 Mayat Dijumpai, Lelaki Duduk 'Seat' 11A Mangsa Tunggal Terselamat Dalam Nahas Air India

The post “Pihak Kami Dah Bersedia” – Pemandu Bas Nahas Pelajar UPSI Ditahan Polis Sejurus Keluar Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments