Perkongsian pelakon Natasha Hudson mengenai kisah penghijrahannya dalam mencari reda Allah sejak lebih sedekad lalu mencuri perhatian ramai di Instagram.
Menerusi hantaran terbaharu, Natasha atau nama penuhnya Natasha Liana Hudson berkongsi momen peribadi yang menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam hidupnya termasuk sehelai khimar yang dibeli ketika mengerjakan umrah pertamanya pada tahun 2012.
Banyak sangat perkara yang telah berlaku dan tidak tahu mahu bermula dari mana. Tetapi yang saya pasti, perjalanan ini penuh dengan peringatan.
Natasha turut berkongsi kisah menyentuh hati yang berlaku pada 6 Jun, tarikh lahir anaknya, Kaia, yang juga merupakan hari tuan rumahnya meninggal dunia pada Hari Arafah dalam keadaan hujan rahmat.
Pelakon berusia 42 tahun itu mengakui fasa perubahan yang dilaluinya bukanlah mudah, namun segalanya berlaku atas dorongan dan kehendak Allah S.W.T.
Semuanya tentang kembali dari kosong dan menghargai apa yang ada. Saya harap saya juga akan mekar semula dengan indah, Insyaa-Allah. Dan semoga Allah kurniakan pengakhiran yang baik buat saya, keluarga dan seluruh umat.
Natasha turut menyeru orang ramai agar lebih menghargai peluang yang diberikan dalam hidup dan mengambil iktibar daripada setiap kejadian.
Untuk rekod, nama Natasha pernah menjadi perhatian apabila dilihat tidak lagi berhijab pada tahun 2022. Sebelum itu, beliau pernah tampil berniqab sekitar tahun 2016, menjadikan perjalanan penghijrahannya penuh warna dan pengajaran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang ain pada pautan di bawah.
The post ‘On – Off’ Hijab Sebelum Ini, Natasha Hudson Kembali Bertudung – “Semoga Diberi Pengakhiran Yang Baik..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments