Baru-baru ini, pelakon Ruhainies tampil memberi penjelasan tentang cara dirinya menggunakan tasbih digital.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memaklumkan ramai yang mempersoal cara dirinya menggunakan tasbih digital.
Susulan itu, dia menjelaskan bahawa penggunaan tasbih itu bukanlah secara terbalik seperti yang didakwa ramai namun ia dipakai mengikut keselesaan dirinya sahaja.
Ramai yang mesej kata saya pakai tasbih ini secara terbalik.
Setiap kali saya guna, saya akan tekan tasbih ini guna ibu jari dan ini dari pandangan (POV) saya.
Mungkin dalam gambar atau video, nampak macam saya pakai terbalik tapi sebenarnya tidak.
Berkongsi lanjut, pelakon itu memaklumkan tasbih digital itu merupakan pemberian daripada kenalannya.
Ada yang tanya mana saya beli tasbih ni. Sebenarnya saya dapat daripada seorang kenalan, dia beli dari platform atas talian saja. Untuk hiasan, saya custom di sebuah kedai yang terletak di Pavillion, Kuala Lumpur.
Sekadar info, Ruhainies mula menarik perhatian ramai apabila sering kelihatan memakai tasbih digital di jarinya.
Menurutnya, dia kini dalam misi untuk berselawat sebanyak 1,000 kali setiap hari selama 40 hari berturut-turut.
The post Disangka Guna Tasbih Digital Cara Terbalik, Ruhainies Tampil Menafikan – “Mungkin Dalam Gambar Nampak Terbalik, Tapi Sebenarnya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments