Memetik dari laporan Harian Metro, salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Allahyarham Muhammad Mustaqim seakan-akan telah melukis detik terakhir hidupnya.
Tiga lukisan seperti gambaran detik akhir hidup
Menurut ibu arwah iaitu Juariah Abd Rahman, pada awalnya dia sama sekali tidak menyedari hal tersebut tetapi setelah disusun tiga lukisan yang dilukis oleh arwah, ia menggambarkan bas, laluan jalan raya yang mempunyai penghadang serta kematian seolah ketiga-ketiga lukisan berkait antara satu sama lain.
Tambahnya lagi, dia sendiri tidak tahu bila lukisan tersebut dilukis kerana arwah tidak pernah menunjukkan lukisan terbabit kepada mereka.
Sebelum ini lebih daripada 100 keping koleksi lukisan disimpan dalam satu fail dan kami hanya buka selepas dia meninggal dunia.
Mimpi arwah pegang lukisan
Dalam pada itu, bapa mangsa, Rosde Yaakub berkata salah seorang saudara mereka bermimpi arwah memegang satu lukisan.
Dia meminta izin daripada saya untuk menyimpan salah satu lukisan arwah sebagai kenang-kenangan. Setakat ini hanya tiga lukisan kami beri kepada orang termasuk dua keping kepada sahabat rapat arwah.
The post Nahas Bas UPSI: Ada Bas, Laluan Jalan Raya Tiga & Kematian, Lukisan Terakhir Arwah Mustaqim Seperti Gambaran Detik Akhirnya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments