Pelakon Sherry Ibrahim tampil memberikan penjelasan mengenai ucapan dan kata-kata semangat yang diberikan kepada aktor Fattah Amin usai perceraiannya dengan bekas isteri, Nur Fazura tempoh hari.
Sherry yang meminta agar Fattah untuk terus kuat dan tabah kemudiannya dikritik seolah-olah ‘tidak menyempat’ untuk menjadi orang yang ingin memberikan semangat.
Kata Sherry, dia tidak mempunyai sebarang niat buruk sebaliknya cuba berlapang dada kerana hanya Allah sahaja yang tahu isi hatinya.
Orang terkilan sebab saya buat kenyataan kepada satu pihak sahaja. Saya kenal Fazura sebagai pemain industri saja. Saya tak buat kenyataan mengenai dirinya kerana di bukan kawan saya.
Mesej tersebut memang didedikasikan buat Fattah sebab saya kenal dia, bukan nak galakkan komen-komen orang sehingga jadi fitnah.
Saya terima apa orang cakap, saya sendiri dah ambil langkah tersebut walaupun tidak mudah. Yang penting saya ada alasan tersendiri.
Pelakon drama Bintang Teduhan Kasih itu juga menafikan dakwaan dia cuba ‘menunggang’ isu hangat tersebut dan berpendapat tidak keperluan untuk dirinya menjelaskan lanjut berhubung isu itu.
Jelasnya lagi, Fattah juga tidak memberikan sebarang respon mengenai hantaran tersebut.
Tidak, saya tak berkomunikasi, tiada nombor telefon dan kami juga tidak mengikuti satu sama lain dalam media sosial selama beberapa tahun.
“Ini kenyataan jelas saya. Saya rasa lebih baik begitu daripada saya cari dia, nanti jadi cerita lain pula tak manis.” kata Sherry.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Tak Buat Kenyataan Buat Fazura Kerana Dia Bukan Kawan Saya” – Sherry Ibrahim Beri Respon Isu Ucapan Semangat Buat Fattah Amin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments