#Hiburan: Tengku Hassanal Dan Cik Farida Daud Bakal Berkahwin? Ini Respon Istana Pahang -“Siap Minta Quotation Hotel Nak Jemput Artis Hollywood”

Menerusi satu kenyataan, Istana Pahang menafikan dakwaan mengenai istiadat perkahwinan membabitkan KPDM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, hantaran daripada seorang individu itu memperlihatkan satu kertas menulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’ mula menjadi tular.

Advertisement

Maklumat palsu, tiada Istiadat Perkahwinan membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang ketika ini.

Istana Pahang menafikan ada sebarang kaitan dengan satu hantaran atau maklumat palsu berkenaan Perkahwinan Diraja melibatkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita yang tular di laman media sosial Instagram sejak 24 September lalu.

Berikutan itu, Istana Pahang menegaskan bahawa maklumat yang tular itu adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Hassanal.

Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuatnaik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tengku muhammad tengku natasya
20 hours ago

"Ada Kacukan.." - Bakal Berkahwin Hujung Bulan Oktober, Ini Latar Belakang Bakal Isteri Tengku Muhammad

The post Tengku Hassanal Dan Cik Farida Daud Bakal Berkahwin? Ini Respon Istana Pahang -“Siap Minta Quotation Hotel Nak Jemput Artis Hollywood” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments