#Hiburan: “Dia Enggang, Saya Ni Pipit..” – Ogy Ahmad Daud Imbas Kisah Cinta Pertama, Pernah Dapat Ugutan B*nuh

Pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud berkongsi cerita mengenai kisah cinta pertamanya yang membuatkan dia kecewa dan membawa diri ke Kota London.

Kongsi Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud,62, hubungannya bersama lelaki itu tidak kesampaian dan turut meletakkan dirinya dalam bahaya dan cabaran terutama dalam kerjaya.

Advertisement

Bohong kalau saya cakap saya tidak rasa kecewa atau frust. Saya hanya manusia biasa. Saya kecewa dan pergi bercuti ke London bersama kawan-kawan rapat.

Saya mengaku situasi itu tidak mudah bagi saya. Saya digam. Empat tahun saya digam tidak boleh berlakon sedangkan perkara itu sudah berlalu.

Macam-macam perkara diperlakukan kepada saya. Nak kena bunuhlah, nak kena tembaklah. Apa sahaja saya tak lalui. Orang tak tahu kan?

Ogy juga mendedahkan antara sebab dia jatuh cinta dengan jejaka itu kerana sikap merendah diri dan juga menghormati orang tua namun hatinya dijentik apabila ibunya menganggap jejaka itu sebagai ‘enggang’ sedangkan mereka hanyalah ‘pipit’.

Sedar hubungan tidak direstui, penyanyi lagu Kisah Cinta terpaksa memutuskan hubungan cinta antara mereka namun tidak menyesal mencintai jejaka itu.

Dia memang cinta pertama saya, saya tidak pernah menyesal kerana jatuh cinta kepadanya. Saya menangis sepuasnya. Ada masa kita perlu menghormati pihak sana.

Sekadar info, Ogy pernah bernikah dengan seniman Eman Mana pada tahun 1990 namun bercerai 13 tahun kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mona allen pertahan suami
2 hours ago

"Apa Nak Jadi Netizen Malaysia Ni? Lantaklah Dia Nak Tulis Apa" - Mona Allen Berang Suami Dituduh Jadi Batu Api Isu Cerai Fattah Dan Fazura

The post “Dia Enggang, Saya Ni Pipit..” – Ogy Ahmad Daud Imbas Kisah Cinta Pertama, Pernah Dapat Ugutan B*nuh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments