Baru-baru ini, kami diberi kesempatan untuk menghadiri acara Kreatorverse yang bertempat di PARKROYAL Collection Pickering, Singapura, sempena menyambut ulang tahun ke-10 Klook.
Menariknya, selain dapat bertemu dengan lebih kurang 200 pencipta kandungan Kreator Klook, terdapat pelbagai input menarik diperolehi daripada acara ini yang pastinya akan memberi manfaat kepada pengguna aplikasi Klook pada masa akan datang.
Siapa dekat sini kaki travel, ini merupakan satu berita baik khas untuk anda sebab Klook mempunyai pelbagai perancangan baru yang akan menambahkan lagi keterujaan apabila menggunakan aplikasi Klook!
Klook Menjanjikan Lebih Banyak Keseronokkan Buat Pengguna Pada Masa Akan Datang
Setelah satu dekad berada dalam industri pelancongan, pelbagai tawaran, kemudahan dan pengalaman menyeronokkan yang Klook telah berikan kepada penggunanya.
Jadi, menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini, Klook masih jitu untuk menawarkan yang terbaik buat pengguna aplikasi Klook, justeru hadir dengan pelbagai perancangan menarik untuk masa depan.
Semasa persidangan Kreatorverse baru-baru ini, Ketua Pegawai Komersial Klook, Wilfred Fan berkongsi terdapat pelbagai perancangan bakal dilaksanakan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang menjanjikan pengalaman tak dapat dilupakan kepada pengguna.
Katanya, 3 daripada 5 pelancong sanggup berbelanja untuk mendapatkan pengalaman daripada sejarah dan budaya, alam semula jadi, pengembaraan serta hubungan bersama warga tempatan.
Dengan itu, Klook akan beri lebih banyak rekomendasi aktiviti dan destinasi mengikut minat pengguna serta melancarkan pelbagai aktiviti termasuk taman tema baru dalam aplikasi, seperti Disney Cruise Line, Universal Studio Singapore dan banyak lagi.
Selain itu, Wilfred Fan juga berkata Klook akan memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman tak dapat dilupakan menerusi aktiviti-aktiviti dan tempat-tempat baru yang unik.
Untuk memudahkan lagi urusan pelancong pada masa hadapan, Sam Kwong selaku Pengarah Kanan Pengurusan Produk Klook berkongsi terdapat beberapa ciri baru menanti pengguna aplikasi Klook, antaranya:
eSIM: pengguna tidak memerlukan pihak ketiga untuk mengaktifkan rangkaian telekomunikasi di luar negara
terjemahan: komunikasi akan menjadi lebih mudah menerusi penterjemahan dalam aplikasi apabila melancong di negara asing
e-tiket: menawarkan tiket penerbangan dalam talian bagi memudahkan urusan penempahan tiket dengan hanya menggunakan aplikasi Klook
rekomendasi aktiviti: Klook akan mengesyorkan lebih banyak destinasi dan aktiviti menarik mengikut minat setibanya anda mendarat di lokasi
Menerusi ciri-ciri baru ini, ia akan memudahkan lagi segala urusan anda sebagai pengguna aplikasi Klook apabila keluar melancong, dalam masa sama dapat menikmati segala pengalaman yang menyeronokkan.
Memandangkan media sosial adalah platform yang sering digunakan untuk berhubung, Naib Presiden Pemasaran Global Klook, Marcus Yong berkata ia menjadi platform terbaik untuk mencipta dan berkongsi kandungan berkaitan aktiviti pelancongan.
Katanya, lebih 80% pengguna media sosial membuat tempahan untuk melancong disebabkan terpengaruh dengan video melancong yang menyeronokkan daripada pencipta kandungan.
Maka, Klook mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan lagi tawaran-tawaran hebat menerusi video-video yang dihasilkan oleh pencipta kandungan.
Sebagai contoh, apabila anda melihat video melancong di TikTok, anda boleh tekan pada lokasi tertera, kemudian akan dibawa kepada promosi dan tawaran daripada Klook untuk destinasi tersebut.
Dari situ, anda terus boleh melakukan tempahan tanpa perlu membuka aplikasi lain tau. Baguskan?
Selain itu, Klook juga tak melepaskan peluang untuk merekrut pencipta-pencipta kandungan untuk menyertai bengkel Kreatorverse di mana bengkel ini telah pun menghasilkan lebih daripada 20 ribu Kreator di seluruh dunia bagi mempromosikan Klook.
Psst, apa yang best kalau jadi Kreator ini adalah Klook akan menyediakan tajaan kepada pencipta kandungan bagi mempromosikan tempat, budaya dan sebagainya tau. Bestnya!
Ethan Lin Kongsi Ingin Seimbangkan Keharmonian Antara Alam Semula Jadi & Komuniti Setempat
Setelah selesai persidangan Kreatorverse, kami diberi peluang untuk menemu bual secara eksklusif, pengasas bersama Klook iaitu Ethan Lin.
Menerusi temu bual ini, Ethan Lin berkongsi Klook akan memastikan lebih banyak tawaran istimewa dan promosi menarik menanti pengguna pada masa akan datang.
Katanya, pengguna aplikasi bukan sekadar ingin melancong, malah mereka terutama generasi Milenial dan generasi Z sanggup berbelanja lebih untuk nilai yang betul seperti harga yang berbaloi dengan perkhidmatan terbaik.
Justeru, Klook akan menawarkan lebih banyak tawaran istimewa, promosi serta acara bermusim kerana nilai inilah yang akan dipandang dan dinanti-nantikan oleh pengguna.
Dalam pada itu, memandangkan Klook telah melahirkan lebih 20 ribu Kreator Klook di seluruh dunia, Ethan Lin menyatakan hasratnya untuk mengembangkan lagi pencipta kandungan mereka menerusi pelbagai inisiatif baru.
Salah satunya adalah Klook akan melaksanakan Kreator Shop, di mana komuniti Kreator Klook dapat diperluaskan lagi dengan menggunakan alatan dan ciri yang lebih baik supaya lebih banyak manfaat dapat diberikan.
Lain daripada itu, dalam persidangan Kreatorverse, Klook hadir dengan perancangan berkaitan kelestarian alam semula jadi di mana lebih banyak pengalaman pelancongan ke arah melindungi kelestarian alam, dalam masa yang sama mengetengahkan warisan budaya.
Oleh itu, Ethan Lin memberitahu bahawa Klook akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi yang berbeza untuk menetapkan standard industri agar mempunyai kandungan maklumat yang betul supaya pengguna dapat merancang aktiviti pelancongan berdasarkan minat mereka.
Tambahan, Klook akan melihat beberapa kawasan dalam komuniti tempatan dan akan bekerjasama dengan pakar untuk menetapkan syarat supaya keseimbangan dan keharmonian antara haiwan dan masyarakat dapat diperolehi.
Selain itu, Klook juga akan mengkaji secara mendalam tentang komuniti supaya dapat mempromosikan budaya tempatan dan membawa pelancong merasai pengalaman dan hidup dalam komuniti setempat.
Menutup temu bual ini, Ethan Lin berkongsi bersama kami Klook akan memastikan pengguna aplikasi mendapat peluang untuk melancong ke tempat-tempat baru yang jarang diwar-warkan di media sosial berdasarkan minat pengguna itu sendiri.
Jadi, dengan pelbagai perancangan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, pastikan anda muat turun aplikasi Klook di Google Play atau Apps Store untuk ketahui lebih banyak promosi, tawaran serta destinasi baru okay?
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Klook atau ikuti media sosial Klook di Facebook dan Instagram.
The post Klook Tawar Lebih Banyak Promosi Istimewa, Acara Bermusim Serta Perkenal Ciri Baru Buat Kaki Travel! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments