Baru-baru ini, tular mengenai sebuah hantaran yang telah dibuat oleh seorang jururawat menerusi akaun Facebooknya mengenai suaminya berkahwin dengan wanita lain setelah bercerai selama seminggu.
Jururawat itu menerangkan tujuannya memuat naik gambar perkahwinan bekas suaminya itu adalah untuk mengelakkan fitnah dan bukanlah untuk membuka aib.
Tujuan saya post gambar perkahwinan (bekas suami) adalah kerana saya menerima banyak mesej mengenai perkahwinan mereka.
Ramai tanya dan tag saya di Facebook, jadi posting saya itu bukanlah bertujuan membuka aib atau menyindir tapi untuk mengelakkan daripada fitnah.
Tidak mahu isu ini berlarutan, jururawat itu membuat permohonan maaf kepada bekas suami dan isteri baharunya ekoran perkara ini telah menjejaskan privasi mereka kerana terdapat segelintir netizen yang membongkar identiti serta akaun media sosial wanita yang menjadi pilihan hati bekas suaminya.
Saya ingin memohon maaf kepada bekas suami saya, isteri baharunya serta keluarga mereka berhubung posting yang viral di Facebook. Semua yang terjadi adalah khilaf daripada saya.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post “Saya Bukanlah Mahu Buka Aib Atau Menyindir Tapi…” – Jururawat Tampil Beri Respon Tujuan ‘Post’ Gambar Kahwin Bekas Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments