#Hiburan: “Pengantin Perempuan Batal Saat Akhir..” – Ibu Sebak Umum Kepada Tetamu Majlis Kahwin Anak Lelaki Diganti Dengan Doa Selamat

Baru-baru ini, tular video di platform media sosial memaparkan seorang ibu yang berasa sebak ketika mengumumkan kepada tetamu bahawa majlis perkahwinan anak lelakinya tidak dapat dilangsungkan, sususlan calon isteri membatalkan perkahwinan di saat akhir.

Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan ini pada saat akhir, yang mana segala persiapan majlis di sebelah kami telah pun siap sepenuhnya.

@ibumateenanaqi Replying to @Diana.Azmi ♬ original sound – ibumateenanaqi

Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki bernama Adam itu enggan membatalkan majlis kerana segala persiapan sudah lengkap dan mereka membuat keputusan mengantikan majlis perkahwinan dengan majlis doa selamat yang diketuai oleh seorang ustaz serta anak-anak maahad tahfiz.

Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan. Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut berasa simpati atas hal yang menimpa pengantin lelaki serta keluarganya.

komen

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen yang memberi cadangan kepada Adam untuk mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran buat pengantin perempuan.

kenduri kahwin
2 days ago

"Perempuan Boleh Pakai Lawa, Kau Macam Nak Pergi Pasar" - Pakai Selipar Getah Pergi Kenduri Kahwin, 'Photographer' Beri Peringatan

The post “Pengantin Perempuan Batal Saat Akhir..” – Ibu Sebak Umum Kepada Tetamu Majlis Kahwin Anak Lelaki Diganti Dengan Doa Selamat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments