Susulan membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur, baru-baru ini, seorang wanita Palestin tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai atas tindakannya itu.
Luah rasa kesal dan mohon maaf
Wanita yang bernama Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd Rabbah menyatakan rasa kesal atas tindakan keterlaluannya itu.
Bahkan, dia mengakui bertindak sedemikian kerana berpunca daripada tekanan emosi susulan tidak dapat menghubungi anaknya yang masih berada di Gaza selama seminggu.
Berterima kasih kepada rakyat Malaysia
Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Kami sedang melalui situasi yang sangat sulit hanya Allah SWT sahaja tahu. Saya seorang ibu kepada tiga anak yang syahid.
Dalam pada itu, Aminah turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas layanan baik yang diterima sepanjang berada di sini.
Sekadar info, Aminah merupakan salah seorang rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan berpunca dari kekejaman Zionis dan kekecohan dilakukan itu berpunca selepas mereka tidak diizinkan untuk menginap di luar WTKL.
The post “Saya Minta Maaf & Sangat Menyesal..” – Buat Kecoh Di WTKL, Wanita Palestin Akui Tertekan Tak Dapat Hubungi Anak Di Gaza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments