#Hiburan: “Paling Teruk Makan Katak Kembung” – Kongsi Pengalaman Jalani Latihan, Kisah Bekas Pramugari VVIP TUDM Ini Buat Ramai Terkejut

Baru-baru ini, tular di platform TikTok memaparkan seorang bekas pramugari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkongsi pengalaman sepanjang menjalani latihan ketenteraan.

Kongsi pengalaman jalani latihan ketenteraan pramugari TUDM

Dapat dilihat dalam sesi podcast yang dimuat naik di akaun Zarul Umbrella Official, pramugari yang bernama Zamira menceritakan pasukannya perlu menjalani latihan di darat, paya serta laut.

Advertisement

Menurut Zamira, latihan di tiga kawasan berbeza itu untuk menguji daya ketahanan mereka sekiranya pesawat yang dinaiki kemalangan.

Sebulan solid saya duduk dalam hutan, tak ada makan tak ada minum. Dalam hutan, paya dan laut..dilepaskan pandai-pandailah. Seminggu di darat, seminggu di paya dan seminggu di laut.

@zarulumbrellaofficial “Merasa Jugak Saya Makan Katak Kembung” Zamira bekas Pramugari VVIP TUDM @borakdalamgalley @CK Faizal @ZAMIRA RATU REMPAH ♬ original sound – Zarul Umbrella

‘Saya pernah makan katak kembung’

Bercerita lanjut, wanita terbabit hingga ke hari ini tidak dapat melupakan pengalamannya perlu mencari makanan sendiri semasa berada di dalam hutan.

Enam orang perempuan yang selebihnya lelaki dalam 15 orang. Semasa di darat tiga hari pertama mereka bagi makan lagi selepas itu akan dicatu sedikit demi sedikit. Kemudian sudah tidak diberi makanan, pandai-pandai lah nak hidup.

Hal yang membuatkan Zarul serta pengacara CK Faizal terkejut selepas Zamira memberitahu dirinya turut pernah makan katak kembung di dalam hutang demi kelangsungan hidup.

Paling teruk saya pernah makan adalah katak kembung.

pramugari dedah jemaah haji tinggal barang dalam kapal
5 days ago

Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Penerbangan Hantar Jemaah Haji - “Diorang Tinggal ‘Barang’ Dalam Kapal”

The post “Paling Teruk Makan Katak Kembung” – Kongsi Pengalaman Jalani Latihan, Kisah Bekas Pramugari VVIP TUDM Ini Buat Ramai Terkejut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments