#Hiburan: “Dia Tetap Ayah Yang Bertanggungjawab..” – Jofliam Teruk Dikecam Selepas Didakwa Curang, Ini Jawab Cik Epal

Sedia maklum, beberapa hari lalu, usahawan pizza popular iaitu Jofliam teruk dikecam susulan didakwa berlaku curang dengan staf perempuan bernama Dewi.

Cik Epal tampil perjelas isu curang

Lama mendiamkan diri, bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal tampil bersuara dan menafikan dakwaan bahawa rumah tangga mereka runtuh akibat orang ketiga.

Advertisement

ig cik epal

Aku tak nak jelaskan panjang lebar sebab tak nak sebarang ayat aku dimanipulasi. Cuma aku nak jelaskan, sepanjang perkahwinan kami, Jofliam tak pernah curang.

Bangga bergelar isteri Jofliam

Bukan itu saja, Cik Epal turut enggan membuka aib bekas suaminya dan bangga pernah bergelar isteri kepada Jofliam yang dianggap sangat bertanggungjawab dengan kedua-dua anak mereka.

ig cik epal

Aku bangga dengan kejayaan dia. Aku tak pernah malu gelarkan diri sebagai ‘isteri Jofliam’ sebelum ini. Dia tetap ayah yang bertanggungjawab untuk Han dan Yuki. Cukup 10 tahun, aku nak move on.

Sekadar info, semalam, Cik Epal dan Jofliam disahkan cerai talak satu dan hal itu dimaklumkan sendiri oleh wanita terbabit di akaun TikToknya.

jofliam
20 hours ago

"Takpe Takpe, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya. Terima Kasih" - Jofliam

The post “Dia Tetap Ayah Yang Bertanggungjawab..” – Jofliam Teruk Dikecam Selepas Didakwa Curang, Ini Jawab Cik Epal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments